26 November 2013

Periksa Rumah Menang Lelong Kepunyaanku


Rumah nie menang bid dengan harga 36 ribu. Ianya agak tinggi sedikit akan tetapi tetap berbaloi. Keadaan rumah agak baik dan berada tingkat bawah sekali. Lantai sudah di'tile' seluruh rumah dengan kemas dan  tile pada dinding setinggi 2 kaki. Tapi sayang pendawaian luar dan aksesori elektrik telah dicuri. Selain itu grill pada tingkap belakang juga sudah tiada, sama ada dicuri atau diambil jiran sebelah kerana kunci rumah ada pada jiran. 

Wang perlu dikeluarkan untuk buat sedikit renovation. Wiring boleh buat sendiri cuma modal barang je. Grill pulak kene upah tukang besi yang mungkin sedikit mahal. Kemungkinan besar saya merancang untuk menambah table top untuk dapur. Untuk jimat mungkin akan buat sendiri untuk belajar dan asah semula skill bermain dengan simen yg dah lama ditinggalkan.
























No comments:

Post a Comment