26 November 2013

Bid Rumah Lelong CIMB Bank




Langkah pertama
Mencari senarai hartanah untuk dilelong. http://www.cimbbank.com.my/propertymart/ merupakan salah satu tempat senarai lelongan terbaik. Banyak hartanah untuk dilelong disenaraikan disini. Terdapat juga beberapa web bak lain dan juga web.blog ajen2 hartanah yang cuba menganbil kesempatan atas keinginan anda itu.

Langkah kedua
Membuat tinjauan keadaan rumah yang dilelong sekiranya berminat dengan mana2 rumah. Beberapa faktor penting perlu diambil kira:
1- Kos baikpulih hendaklah berbaloi sekiranya keadaan rumah kurang elok
2- Halangan seperti tunggakan bil ultilities, mentenent atau pajakan
3- Rumah masih diduduki samada pelimik rumah atau penyewa kerana terdapat beberapa kes penghuni tidak mahu keluar. Jika dipasa keluar mereka akan merosakkan rumah tersebut.

Langkah  ketiga
Dapatkan POS (PROCLAMATION OF SALE) dan COS (CONDITIONS OF SALE) daripada pelelong sebagai rujukan penting berkaitan rumah yang  anda hendak bid

Langkah  kelima 
Sediakan bank draf atau cek tunai sebagai pendahuluan untuk menyertai lelongan tersebut. Nilai mestilah tepat mengikut peratus yang dikehendaki. Kebiasaannya 5 atau 10 peratus. Kadang kala ada pelelong menerima wang tunai sebagai pendahuluan.

Langkah  keenam
Hadir dan daftar diri ke tempat lelongan awal supaya dapat memerhatikan gelagat peserta lain samada mereka ejen, orang kaya yang nak buat pelaburan, serius untuk beli, hantu pelelong atau hanya mencuba nasib. Hasil pemerhatian dapat digunakan untuk menilai samada peserta tersebut hanya mengganggu atau memang nak membeli.

Langkah  ketujuh
Jika anda menang, anda dikehendaki membayar secara tunai baki pendahuluan yang tidak cukup beserta duit stem dan kontran sebanyak RM150.



Langkah  kelapan
Bawa surat kontrak kepada peguam untuk mendapatkan maklumat proses pertukaran nama pemilik rumah, bayaran guaman dan lain2. Bayaran handa 2 bentuk iaitu pinjaman perumahan ataukan tunai. Wang tunai yang yang diperoli dari pinjaman peribadi bank dianggap bayaran tunai.

No comments:

Post a Comment